KUALA LUMPUR: Capaian kepada internet yang lebih pantas adalah salah satu keutamaan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebagai inisiatif membantu 12 sekolah di dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai tahun ini.
Beliau berkata, usaha itu adalah kesinambungan kepada inisiatif yang dilaksanakannya tahun lepas iaitu membaik pulih prasarana internet di sekolah-sekolah.
"Tahun lepas di Lembah Pantai saya menyediakan peruntukan hampir RM1 juta untuk membaik pulih prasarana internet di sekolah-sekolah dengan pemasangan akses point tambahan.
"Selepas ini kita akan teliti keperluan internet di bilik darjah selain daripada pusat sumber, makmal dan bilik guru. Kita akan fokus kepada internet yang lebih pantas selain daripada peralatan yang mungkin belum mencukupi. Ini yang kita akan usahakan tahun ini," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika ditemui selepas Program Sumbangan Alat Peranti kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswathy, di sini, hari ini.
Terdahulu Fahmi menyerahkan enam komputer riba dan sebuah projektor sumbangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) kepada Guru Besar SJKT Saraswathy, Sitha Tangavaloo untuk kegunaan sekolah.
Mitra dengan kerjasama Google Malaysia membekalkan sejumlah 6,000 unit bantuan komputer riba kepada sejumlah 525 buah SJKT di seluruh negara dengan anggaran kos RM3 juta. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Fahmi menyampaikan alat peranti sumbangan dari dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) kepada guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Saraswathy pada majlis penyerahan alat peranti itu di sekolah berkenaan hari ini. - Gambar Bernama
SQ321: Ahli keluarga masih dalam kesakitan, tidak dapat lelapkan mata
"Ahli keluarga saya masih dalam kesakitan, dan ada yang masih tidak dapat melelapkan mata di malam hari," kata seorang rakyat Malaysia, Eva Khoo.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Johor rancang buka 10 lagi pusat data
Johor merancang untuk membuka 10 lagi pusat data di negeri berkenaan bagi menarik pelabur luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi serta peluang pekerjaan.
Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.
Lenovo umum enjin baharu dikuasakan AI bagi bantu perniagaan kurangkan jejak IT
Ia bagi memperkasakan perniagaan dalam membantu membuat lebih banyak keputusan yang dipacu data dan mampan untuk pembelian teknologi maklumat (IT).
Pesara komando labur hampir ratusan ribu kumpul barang lama
Bermula dengan sebilah keris lama, seorang pesara komando Mansor Mohd, 74, dari Kampung Rhu Renggeh di Marang mula berjinak-jinak mengumpul barang antik sebagai koleksi peribadi.
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
JWP fokus selesai isu IMM13 di Labuan dan warga asing di KL
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.
Susah, senang perjalanan haji muslimah muda
Guru tadika, Noorfarhanah Ahmad Sukri menganggap kedatangannya ke Tanah Suci dan rezeki dapat menunaikan haji pada tahun ini adalah hadiah paling bermakna diberikan allahyarham bapa yang bersusah payah menabung dan menyimpan duit raya di akaun Tabung Haji dan membolehkannya bergelar haji muda pada usia 25 tahun.
Mara Corps teroka kerjasama dengan syarikat gergasi China
Melalui kerjasama ini, Mara Liner berhasrat menjadi peneraju dalam pembekalan bas EV termasuk jualan langsung dan pajakan untuk kegunaan awam dan kerajaan.
Seronok kerja di rumah? #DiariLockdown tanya warga media sosial
"SERONOK tak kerja di rumah?" "Bestnya, kerja di rumah. Boleh masak, tengok televisyen dan baring-baring sambil kerja".
Isu Veveonah, saya dapat maklumat daripada pegawai di lapangan - Abdul Rahim
Ahli Parlimen Kudat, Datuk Rahim Bakri mendedahkan isu Veveonah Mosibin yang kontroversi sebelum ini adalah berdasarkan laporan pegawai lapangan di daerah berkenaan.